Tuesday, November 9, 2010

WEZAN SAILI - AKAN TAMPIL DALAM TEATER MUZIKAL DARULHANA


Teruna berbakat dari Kampung Bako ini boleh menyebabkan kita ketawa terbahak-bahak, dan boleh juga menyebabkan kita menitis air mata dengan lakonannya. Bakat itu tidak menghairankan kerana abangnya Jamshari Saili pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Kebangsaan.

Bila abangnya menjauhkan diri dari pentas teater atas-atas sebab yang sampai sekarang kurang diketahui, setelah mencapain kejayaan besar itu adiknya yang ini tampil ke tengah daripada seorang pelakon sampingan. Dia bukan sekadar berlakon, malah adalah juga penyanyi lagu rakyat dan lagu puisi dan pemuzik alternatif. Wezan juga pernah menjadi juara deklamasi puisi hari kebangsaan peringkat negeri.

Wezan akan memegang sebuah watak nostalgik dalam pementasan Teater Muzikal Darulhana, satu watak yang mencabar kemampuannya - watak berusia lebih 70 tahun. Apakah dia akan mampu memegang watak itu dengan jayanya untuk satu persembahan yang akan mengenakan bayaran kepada para penonton?

Kini Wezan adalah pengajar teater dan deklamasi puisi Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment