Friday, November 12, 2010

ISMAIL HAMDAN ORANG SEMANDIN

Sempat bertemu dan berbincang dengan Ismail Hamdan @ El-Bimbo @ Orang Semandin yang sudah kembali bertugas di JKKN Negeri Sarawak.

Oleh kerana duduk semeja dengannya semasa Majlis Tinta Kenyalang 2010 maka adalah ruang berborak.

Di antara yang dibincangkan ialah kemungkinan mengadakan acara baca puisi bulanan dengan tema tertentu setiap bulan.

Juga dibincangkan untuk lebih banyak pertemuan dan dialog terbuka di kalangan anak seni di bandar Kuching.

Ismail menceritakan dua orang anaknya kini turut sama-sama bergiat dalam aktiviti seni dan akan turut serta sekiranya ada aktiviti sesuai dengan mereka.

Ini bererti Ismail dah ada anak remaja walaupun dirinya sendiri masih kelihatan macam remaja sahaja.

Ismail yang telah lebih 20 tahun bertugas di luar Sarawak, tidak banyak berubah dan kelihatan masih hensem malah lebih mengancam.


1 comment:

  1. pulang ke tampok
    balit ke gagang
    .......Ismail Semandin : teringat zaman kanak2 Nek Hj Han berbasikal singgah di rumah cucu-cucu dgn bcerita, brpantun, berlawak, etc

    ReplyDelete