Tuesday, November 9, 2010

ISMAWI MATSAH: MASIH SEGAK BERGAYA



Secara kebetulan semasa bersarapan di J&J Matang E-Mart bertemu dengan kawan lama Ismawi Matsah, seorang pelakon pentas hebat suatu ketika dahulu yang datang untuk bersarapan juga di restoran yang belum lama dibuka itu.

Dia perkenalkan saya dan isteri kepada tiga orang teman yang datang bersamanya. Saya sempat meminta nombor telefonnya dan tak sempat berbual dengannya lebih panjang mengenai dunia seni yang sudah lama ditinggalkannya.

Masihkah dia mahu mencemburi kembali dunia seni yang penuh dengan fantasi dan khayalan tetapi kepedihan hatinya satu realiti ini?

Saya hantar sms kepadanya mengenai laman ini untuk dia mengetahui yang kita masih ingat sumbangannya kepada dunia teater. Di bawah arahan Allahyarham Mohd Esmawy Haji Husli, Ismawi Matsah memegang watak utama bersama Mas Julia Shafie, Magri Leo dan Allahyarham Mohd Jamil Firdaus.

Al-Fatihah untuk ruh mereka yang sudah berpulang. Semoga diredhai Allah segala amal ibadah mereka.

2 comments:

  1. Sdr Ismawi segera menjawab sms saya dengan mengatakan beliau sedang dalam perjalanan ke Bintulu atas urusan peribadi. Beliau mengucapkan terima kasih atas catatan ini.

    ReplyDelete
  2. Selintas dicaca rasanya amat terharu, namun tiada kata seindah bahasa yg seirama dgn catatan itu. Sekali lagi t ksh. Buat usia dan ketika ini, ruang saya memerlu lebih tumpuan pada matlamat berbeza. Saya doakan pada yg muda semoga majujaya.
    Salam Aidil Adha drpd Ismawy Matshah sekeluarga.

    ReplyDelete