Tuesday, November 9, 2010

MAJLIS TINTA KENYALANG 2010


Majlis Tinta Kenyalang 2010 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak akan berlangsung di Hotel Grand Margherita, Kuching, mulai jam 2.15 petang, Jumaat 12 November 2010.

Tetamu Kehormat di majlis berkenaan nanti ialah Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem.

Sebagaimana setiap tahun sebelum ini, dalam majlis itu kelak akan disampaikan hadiah-hadiah bagi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak 2009/2010, Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2010 (Umum); Hadiah Penulisan dan Penerbitan Majalah Sekolah Negeri Sarawak 2010, Peraduan Menulis Sastera Kreatif Pelajar Sekolah Menengah 2010 (Cerpen); Peraduan Menulis Cerita Rakyat Sarawak 2010.

Semoga sejahtera.

No comments:

Post a Comment