Wednesday, November 10, 2010

GENGSTER GANGGU LATIHAN DRAMA?

Ali Mohamad

Latihan teater Darulhana di Rumah Sarawak, malam tadi terganggu sedikit apabila sekumpulan gengster diketuai Ali Mohamad datang dan menunjukkan kehebatan mereka bertengkar dan berkelahi.

Bagaimanapun pengarah pementasan, Penghulu Haji Awang Bujang tidak melarang samseng-samseng itu menunjukkan belang mengganggu Darulhana dan rakan-rakannya. Malah Haji Awang memerhati tingkah laku mereka dan kemudiannya memberi komen tentang babak perkelahian itu di dalam drama yang diarahnya untuk pementasan akhir Disesmber nanti.

Anda lihat sendiri kesungguh Ali Mohamad sebagai Zuki menghidupkan watak samseng untuk memenuhi kehendak pengarah. Watak Zuki menjadi begitu hidup di tangan Ali dan rakan-rakan kerana Ali merupakan seorang petugas teater dan filem serta drama televisyen yang luas pengalaman malah pernah bekerja untuk penerbit antarabangsa.



Memang ada gaya Ali jadi ketua samseng. Kesungguhannya melakonkan watak yang diberikan kepadanya menyebabkan rakan-rakan lain terangkat semangat untuk bersungguh-sungguh dalam latihan.

Minggu depan pada hari Isnin latihan dijadualkan di Dewan Bahasa daqn Pustaka di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub. Latihan pada hari Selasa dan Rabu dipinda kerana kebetulan Hari Raya Aidiladha.



18 comments:

  1. Bg Ali, genggaMM
    jgn dlepassskan lagi

    Terima kasih DARUL HANA .....

    ReplyDelete
  2. Sedap. Kesungguihannya dalam berlatih menyebabkan semua artis lain merasa perlu serius dan masa latihan memberi hasil yang baik. Kalau kurang kesungguhan terutama orang senior, payah nak kerahkan sidak angkatan baru untuk serius.

    ReplyDelete
  3. syabas..buat anda...teruskan bekarya.....teruskan menyumbang warna warni seni tanah air.keep it's up...gud luck.teringat lakonan pelakon2 lama yg watak jahat.mcmna nk sebut?watak antagonis tu apa?betoi ka?suka hati I sebut jer..heehee....

    ReplyDelete
  4. terima kaseh.Sokongan serta teguran yang membina dari anda semua, akan saya jadikan azimat buat melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada saya dengan penuh ikhlas, jujur dan amanah, insya allah.AMIN.

    ReplyDelete
  5. Kalau setiap orang melakukan tugasannya dengan sebaik mungkin projek akan berjalan dengan licin dan kejayaan mudah datang. Kalau ada yang alpa dan lalai semua akan gagal serentak.

    ReplyDelete
  6. syok2...wahhh baru tahu kat kuching ada pementasan teater..kalau nak melihat boleh pergi kat mana??

    ReplyDelete
  7. yes!!!!
    kena sungguh2 berMAIN ....jgn MAIN2
    ....jgn sampai kita kena MAIN dari MAINnan yg tidak sunguh2

    ReplyDelete
  8. Pementasan di Kompleks DUN lama di pusat pentadbiran negeri, Petra Jaya. Tarikhnya 30-31 Disember 2010 dan 1 Januari 2011. Tiketnya RM15, RM10 dan RM5. Tempahan: 013 8061506

    ReplyDelete
  9. huhu..nang serius ktk kat sia..muka ya dapat suruh ganasss lagik sikk...genggam ya memang dah kuat ..jangan lepaskan..memang berbakat, sik rugi munsiapa2 yang nak ambik nya berlakon...can make money ...so gud luck..make someone special in pentas darul hana...

    ReplyDelete
  10. hehehhe..penjahat terhebat masa tokk...hahahahah...terus kan perjuangan sehingga titisan air peluh terakhirr...sarawak nang hebat...hahahahhahahah

    ReplyDelete
  11. kekeke..bang ali lok..nang pak saok kata orang eyh..teringat ngan watak bapak mek dalam anak sarawak...Hj Karim..kekeke

    ReplyDelete
  12. TERIMA KASEH semua.Sokongan anda akan memberikan saya semangat terus, untuk melaksanakan tanggung jawab yg diberikan oleh Produksi DARULHANA dan juga Pengarahnya, dengan sungguh-sungguh, jujur, ikhlas dan amanah.Dan doakan kami semua PRODUKSI DARULHANA berjaya, insya allah.AMIN.

    ReplyDelete
  13. Saya Sharmiza Othman,cikgu maseh ingat tak? yang cikgu pilih jadi pompuan mengandung.Program PPSB, P.2,Bukit Saban,Betong.Tapi saya asal semenanjung, Pulau Indah.
    Wow...hebat cikgu...ari tu pun ada tengok drama lakonan cikgu kat tv keluar. All the best cikgu and miss u so much.SHARMIZA OTHMAN.

    ReplyDelete
  14. mari kita saksikan bagaimana kehangatan aura brader Zuki untuk memiliki Darulhana dan mampukah beliau melakukannya?. bagaimana pula dengan Darulhana siapakah di hatinya? jeng...jeng..jeng sama2lah kita tunggu dan lihat kesudahan cerita ini dalam pementasan teater muzikal Darulhana.....

    ReplyDelete
  15. Ai..betul ke yang aku lihat ni.Ko jadi gengster bro...Setau aku...ko baik, lemah lembut, tak suke ganggu org, berhati mulia, ikhlas, jujur...apa lagi yg baik untuk bro ?Yang aku kenal...kau semua cakap yg baik je...kalau kau dah cakap tak baik...apalagi cakap org tu tak baik....ha....kira boleh diselidikilah.....
    Ini jadi gengster lak....y e ke ni? Tapi aku cuma yakin, kerana ko tak pernah mudah mengalah, kau rajin usaha dan sungguh-sungguh.Dan cuma dengan itu sahaja, aku berkeyakinan dan mengharapkan ko dapat menjayakan watak ganas ini dengan jayanya.ASST.ART.DIRECTOR.PGL.

    ReplyDelete
  16. brabo bang ali...kitak nang hebat. kamek semua nyokong kitak.kelak mek mbak bala bala mek g nanggar. support abis.Sik eranlah kitak jadi lelaki idaman.
    (Rona Baiduri)

    ReplyDelete
  17. Hati hati saudara ali.Anda menjadi perhatian.Jangan salah melangkah, takut tersungkur perangkap pengkhianat.Zaman ini sudah macam tidak ada keikhlasan dan kejujuran lagi.Masing masing mau ke depan, anda kedepan, 1001 satu macam manusia yang bernama kawan, rakan, teman bahkah keluarga sanggup membuat apa saja, bagi menjatuhkan anda.Mungkin mereka rasa seronok berbuat demikian.Apa pun, saya sebagai peminat nomber satu anda, tetap mendoakan, semoga anda dalam pemeliharaan allah SWT.
    dari saya
    ANAK SENI TERBUANG.

    ReplyDelete