Friday, January 28, 2011

BPPMIS TERIMA DARULHANA SEBAGAI ANAK ANGKAT

Bapa Budayawan Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah


Selama lebih sebulan projek pementasan Teater Darulhana agak kalut kerana kemelut tentang siapa dan pihak mana jadi tauke atau tuan punya projek. Pertemuan awal mencadangkan pementasan Darulhana diadakan sekitar Jun 2010 di bilik Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam (BPPMIS), Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah di antara Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan selaku penulis skrip dan pengarah, Sharkawi Haji Amit sebagai jurutari. Datu Adi yang juga Presiden Medan Teater Negeri Sarawak atau MANTERA, setuju supaya projek itu dijalankan.

Narawi Rashidi dan Sharkawi Haji Amit

Andaian ialah oleh kerana tiga orang ini merupakan orang kuat MANTERA, iaitu badan yang menaungi teater di seluruh negeri, maka MANTERA menjadi penaung projek itu, dengan MANTERA juga menjadi urus setia pentadbirannya.

Selepas itu Awang Bujang dan Sharkawi terus berusaha menentukan projek itu dijalankan dengan mengadakan mesyuarat awal juga di BPPMIS dengan semua ahli jawatankuasa MANTERA dijemput hadir. Malangnya sebahagian daripada ahli jawatankuasa penting MANTERA yang merupakan tokoh dan orang penting dunia teater tidak dapat hadir sama ada kerana payah meninggalkan kerja di luar Kuching atau kerana tugas lebih penting di peringkat lebih tinggi.

Bagaimanapun projek diteruskan juga dengan Awang Bujang dan Sharkawi terus mengusahakan langkah-langkah mengadakan ujibakat atau audition di Dewan Suarah tengah-tengah Ramadan dan hanya empat orang dari Sekolah Seni Kuching datang ke audition.



Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan

Audition diadakan lagi selepas Aidilfitri dan kali ini cukup ramai muka lama dan muka kontemporari hadir dan kebanyakannya mereka inilah yang kemudiannya datang ke latihan yang bermula di Rumah Sarawak di Taman Budaya akhir 2010.

Memandangkan projek sudah mula berjalan maka diadakan lagi mesyuarat yang melibatkan kesemua ahli jawatankuasa MANTERA dan orang bukan ahli MANTERA untuk menyelaras dan mengemaskini pengurusan Teater Darulhana. Kehadiran hampir sama sahaja dengan beberapa tokoh dan orang penting terlalu sibuk untuk kerja seremeh itu.

Pastinya dalam pengurusan projek seperti itu banyak wang diperlukan maka perlu diselaras kaedah mendapatkan dana dan akaun bank untuk saluran dana diperlukan. Pada ketika itu pastinya disebabkan ramai ahli jawatyankuasa MANTERA hadir dan terlibat dianggap MANTERA menjadi saluran dan penaung projek itu dan bendahari serta setiausaha MANTERA menjadi penggerak utama usaha itu kerana sememangnya kerja MANTERA merangsang dan membantu perkembangan teater di Sarawak.

Anggapan orang-orang yang terlibat, termasuk Presiden MANTERA yang juga Sasterawan Negeri itu nampak meleset kerana ada tokoh yang menjadi ahli MANTERA yang tidak pernah dapat hadir dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum itu kerana sibuk sangat menolak penglibatan MANTERA dan enggan mengiktiraf usaha awal kerana katanya MANTERA tidak pernah bermesyuarat menerima projek itu.

Oleh kerana dia seorang tokoh maka semua pihak akur, ntermasuk Presiden MANTERA, Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah dan sejak itu Darulhana menjadi sebuah projek pementasan tidak bertuan malah dikatakan telah melakukan banyak kesilapan kerana ada pihak lain mengeluarkan notis ujibakat dan pihak lain meminjam Rumah Sarawak untuk tempat latihan.

Kira-kira sebulan Darulhana dalam keadaan kemelut di bahagian pengurusan dan pentadbiran kerana statusnya 'haram' dan tidak bertuan. Pada masa yang sama dihadapi masalah dalam latihan keranan sebahagian pelakon termasuk yang utama terlibat di dalam pementasan Rosli Dhobi luka Darulhana arahan Helmi Isa diadakan di Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka di Petra Jaya, tempat latihan dijalan sejak Disember 2010.

Pujian dan sanjung harus diberikann kepada Penghulu Haji Awang Bujang dan Sharkawi (Pengarah Tarian dan Kareografer) serta Narawi Rashidi (Pengarah Muzik) serta semua rakan-rakan jawatankuasa tidak bertuan itu menertuskan juga usaha sementara kegelisahan sudah mula timbul di kalangan kira-kira 50 orang artis dan artisan yang terlibat kerana tiada sebarang penerangan dan penjelasan daripada pihak pengurusan. Ini disalurkan melalui saluran internet.

Awal bulan Januari telah diadakan mesyuarat jawatankuasa yang tidak bertuan itu di Rumh Sarawak untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam mesyuarat panjang itu diputuskan bahawa pihak pengarah, Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan harus berhadapan dengan artis dan artisan menerangkan situasi sebenarnya dan bahawa sehingga itu Darulhana tiada dana dan tiada prospek mencari dana. Kebimbangan ialah kebanyakan artis dsan artisan akan meninggalkan projek itu.

Ali Mohamad (Zuki) dan Hashim Tahot yang hadir sama dalam mesyuarat itu mengatakan ada kemungkinan tidak ramai yang meninggalkan projek itu, kecuali ada alasan yang benar-benar mendesak.

Awang Bujang menjalankan tugas berhadapan dengan anak buah yang telah setia hadir setiap sesi latihan. Syukurlah hampir tidak ada anak seni yang meninggalkan projek dan latihan diteruskan malah waktu latihan ditambah.

Minggu lepas Awang Bujang Hamdan, Sharkawi Amit, Baduwi Narawi, Saiee Driss, Jamilah Adenan dan Norwinda Zaiman (Awin) sekali lagi bertemu Datu Adi di Bilik Mesyuarat BPPMIS untuk mencari penyelesaian bagi kemelut Darulhana.

Dalam pertemuan/[perbincangan itu Pengarah BPPMIS menyatakan bahawa kerana menghargai kesetiaan anak seni yang terlibat dan kerana melihat projek itu boleh ditafsirkan sebagai satu projek yang memberi latihan pembinaan jati diri belia dan pembangunan sahsiah angkatan muda yang kebanyakannya beragama Islam,m maka BPPMIS menerima projek itu sebagai projek rakan kongsi dan akan berkongsi menguruskannya dengan jawatankuasa yang ada diletakkan sebagai sebuah jawatankuasa kerjasama anak seni dari pelbagai badan seni budaya.

Dengan itu Saiee Driss yang meletak jawatan kerana dikira tidak layak kerana bukan ahli berdaftar mana-mana badan seni ketika ini diletakkan kembali sebagai Setiausaha dan akan bertindak sebagai wakil kerja BPPMIS di dalam projek itu.

Kini usaha sudah diatur untuk jawatankuasa projek rakan kongsi itu memohon sokongan dana daripada pelbagai pihak dan agensi dengan penasihat projek, Datu Dr Haji Adi sebagai penggerak utama. Dalam pada itu memandangkan projek itu kini menjadin projek rakan kongsi BPPMIS maka sebahagian daripada kosnya akan turut ditampung sedikit sebanyak oleh BPPMIS.

Semoga selepas Tahun Baru Cina ini projek pementasan Darulhana akan dapat berjalan dengan lebih lancar.


No comments:

Post a Comment