Wednesday, November 10, 2010

AWIN SEBAGAI PENGURUS ARTIS


AWIN yang bertugas sebagai Pengurus Artis di dalam pementasan Teater Muzikal Darulhana nampak semakin selesa dan senmakin berani bertegas menjalankan tugasnya. Memang agak rumit bagi gadis Jawo dari Kampung Sri Arjuna Batu 12 ini mengendalikan artis-artis seramai lebih 40 orang dan sebahagian besar daripada mereka jauh lebih tua dan lebih berpengalaman daripada dirinya.

Berbekalkan kelayakannya dalam seni drama dari UNIMAS Awin semakin bijak berkomunikasi dengan orang-orang senior usia dan senior pengalaman, walaupun hanya segelintir yang setanding dengannya dari segi kelayakan profesional.

Tahniah Awin, yang nama penuhnya Norwinda Zaiman. Eh? Orang Jawo biasanya tidak pakai Z dalam bahasanya, kerana lebih selesa dan biasa dengan J. Betul ke?


No comments:

Post a Comment