Tuesday, November 9, 2010

SIAPA DARULHANA?


Darulhana itu nama seorang seri panggung yang menjadi kegilaan ramai pemuda dan menjadi tarikan utama persembahan bangsawan. Orangnya cantik, boleh menyanyi dan boleh menari.



Senyumnya lebar dan ini boleh menjadi salah satu ciri kecantikan Darulhana. Tapi diakah Darulhana?

Sampai kini, 10 November 2010, belum ada keputusan dibuat siapakah yang akan memegang watak penting itu?


Mereka meneliti dengan tekun skrip yang diberikan oleh Pak A.B. Nor


Yang ini ada cerita tersendiri. Walaupun berminat tetapi mungkin tidak dapat menyertai persembahan hingga habis.




Pening kepala memikirkan tuntutan untuk memegang watak utama di dalam Pementasan Teater Muzikal Darulhana pada 30 dan 31 Disember nanti dengan persembahan kemeuncak pada 1 Januari 2011. Faktor usia mungkin tidak menyebelahi calon ini.


Ala macam M Nasir mencari Sahila yang sampai sekarang belum ditemui dan orang sudah mula hilang minat terhadap filem dikatakan berbelanja berjuta-juta ringgit itu, malah hilang minat sudah terhadap Mawi.


Dayang Radzifahkah Nurulhana?



7 comments:

  1. Kita maseh ada sedikit lagi masa,DARUL HANA harus seorang gadis/wanita yang betul betul berterampilan, gaya PRIMADONA, cantik dengan pinggangnya yg ramping, badannya cukup ketinggiannya, senyumannya memukau. Ini kerana kita MENJUAL.....pentas TEATER DARUL HANA ini sudah mula dengan pengiklanannya sekarang, maka itu, intipati produknya harus mengisi KEPUASAN kepada yang akan menontonnya nanti.Itu pandangan saya secara peribadi.

    ReplyDelete
  2. Tiket akan dijual kepada penonton dengan harga RM15, RM10 dan RM5. Gerakan pemasaran akan disusun rapi dan jualan tiket bermula pertengahan Disember.

    ReplyDelete
  3. Darul Hana???
    maunya yg pasti ada keDarul Hanaannya

    ReplyDelete
  4. Darul Hana sepatutnya bukan nama orang. Darul bererti rumah atau negeri...con: Darul-Naim, Darul-Aman, Darul-Salam dll.
    Darul-Hana indah pada sebutan tapi maknanya agak 'tak elok' bagi nama orang. maaf.

    ReplyDelete
  5. Kalau nama bagi 'kumpulan teater'nya : Cantik!

    ReplyDelete
  6. Darul Hana gadis cantik, jadi rebutan pemuda kampong terutama Zuki

    ....riuh, isi, meriahkan & penuhkan 'hana'

    ReplyDelete
  7. SEKIRANYA DARULHANA PENAMPILAN TIDAK MEMENUHI SKRIP, HANCUR JAWABANNYA... SETAHU SAYA, DARULHANA SEORANG YANG LEMAH LEMBUT, SOPAN SANTUN DAN BUDI PEKERTI... TP, INFORMASI YG SAYA DPT, DARULHANA YANG SEKARANG TIDAK MEMENUHI SKRIP TERSEBUT. DIMINTA TUAN PENGARAH MENILAI BAIK2... SAYA CUMA INGIN MEMBERI PENDAPAT BUKAN KUTUKAN... -Payung Seni-

    ReplyDelete