Wednesday, November 10, 2010

SIKSANYA MENGHIDUPKAN WATAK

Bukan senang nak hidupkan satu-satu watak. Kalau orang yang siuman diarah oleh pengarah melakonkan watak orang gila, boleh gila betul dibuatnya.

Di sini kita lihat insan yang pernah mendapat gelaran Pelakon lelaki Terbaik di peringkat kebangsaan dalam Festival Teater, Mohd Zahren atau Wen cuba menghidupkan watak diberikan kepadanya oleh pengarah Teater Muzikal Darulhana.

Semua berharap Wen kali ini jangan bertindak seperti yang pernah dilakukannya iaitu pada saat akhir nak pementasan tiba-tiba hilang momentum dan mengundur diri.

Agaknya memainkan watak seberat ini memang banyak menghabiskan tenaga sehingga boleh hilang momentum dan lenyap tenaga.Terima kasih Wen kerana menunjukkan kesungguhan.




No comments:

Post a Comment