Tuesday, November 9, 2010

ABANG ZAIDEL ABANG FAUZI: DI MANA SEKARANG?

Kadangkala ada seniman yang merasa dirinya bagaikan bunga rumput mekar di tepi jalan,
dilihat orang tetapi tiada yang memberi perhatian atau bertanya khabar.


Seorang teman Facebook saya bertanya, kenapa tidak dihubungi Saudara Haji Abang Zaidel Abang Pauzi atau Pak Nyoh dari Kota Samarahan yang satu ketika dulu pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik Teater Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 90-an?

Pak Nyoh juga merupakan deklamator puisi yang pernah menjadi juara negeri sarawak.sekarang, tapi kini seniman itu menyepikan diri dan bakatnya terbendam begitu sahaja dan namanya sudah hilang daripada senarai.

Siti Aishah mencadangkan supaya dihubungi seniman veteran ini, walaupun dirinya kurang pasti sama ada seniman itu mahu atau tidak. Siti juga membekalkan saya nombor handphone Haji Abang Zaidel. Terima kasih.

Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan mungkin boleh mengambil kira cadangan ini.

Kalau Haji Abang Zaidel membaca atau mengetahui tentang posting ini bolehlah menghubungi saya di talian +60138061506


1 comment:

  1. Salam, saya anak kepada Abang Zaidel..apa yang saya boleh bantu?

    ReplyDelete