Monday, November 8, 2010

LAHIRNYA PENTAS DARULHANA





Assalamualaikum

Pentas Darulhana? Pentas itu maksudnya secara hurufiah ialah pentas tempat diadakan persembahan. Darulhana dikatakan nama jolokan atau gelaran negeri Sarawak suatu ketika dahulu.

Kalau dilihat dari sini Pentas Darulhana bermaksud tempat diadakan persembahan mengenai Negeri Sarawak.

Kita wujudkan blog ini untuk atas dua tujuan. Pertama adalah sebahagian daripada strategi dan jentera publisiti satu projek pementasan diusahakan oleh Medan Teater Negeri Sarawak (MANTERA), iaitu Pementasan Teater Muzikal Darulhana. Skripnya ditulis oleh Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan atau A.B.Nor dan beliau juga menjadi pengarahnya.

Pementasan dicadangkan akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri lama di kompleks pentadbiran di Petra Jaya, pada 30 dan 31 Disember 2010 dan 1 Januari 2011 dengan cadangan dijemput YAB Ketua Menteri dan TYT Yang di-Pertua Negeri pada malam akhir pementasan.

Maka blog ini pada peringkat awalnya adalah untuk menjadi jentera publisiti dalam segala sifatnya yang penuh kekangan dan kekurangan. Di dalamnya akan dimuatkan pelbagai berita mengenai proses latihan, penerbitan dan pementasan serta persembahannya. Juga akan dimuatkan segala berita yang sesuai mengenai insan-insan yang terlibat di dalam pementasan, baik pelakon ataupun petugasnya.

Juga akan dimuatkan sebarang teguran dan kritikan dan pandangan awam mengenai pementasan itu.

Selepas projek pementasan Teater Muzikal Darulhana nanti, blog Pentas Darulhana akan dikekalkan menjadi blog berita dan peristiwa para seniman dan budayawan Sarawak amnya dan di bandar raya Kuching khususnya, supaya perihal perkembangan dan aneka perkembangan mereka dikemukakan kepada dunia.

Sebahagian daripada berita dan ehwal nanti akan dibentangkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

Itulah sebenarnya maksud kewujudan Pentas Darulhana ini dilahirkan dan insya Allah diselenggarakan, mula-mula oleh saya selaku Setiausaha Projek dan kemudiannya dibantu oleh sekumpulan anak muda yang berbakat dan berminat menjadi pengurus bersama blog ini.

Terima kasih kerana membaca sehingga setakat ini.

Wassalam

SAIEE DRISS

3 comments:

  1. PENTAS DARUL HANA
    terima kasih menerima kehadiran saya dPENTAS ............
    tahun2 kbelakangan, saya kurang menjeng0k
    ......bila dah menjeng0k, biarlah berSUNGGUH2

    ReplyDelete
  2. Tahniah diatas usaha anak-anak seni sarawak yang begitu berkobar kobar semangat mereka untuk menjayakan Muzikal Darulhana.Tahniah juga kepada ahli produksinya, Dato Adi sebagai Penasihatnya,Pak AB sebagai pengarahnya, Bg.Badwie sebagai penolong pengarahnya, sdra sharkawi Amit, sdra Saee dris dan semuanya.

    Saya sedikit sebanyak, selalu jugak mengikuti perkembangan Blog Darulhana ini, dan membaca beberapa aktikal terutama sekalinya berkenaan dengan artis yang bakal menjayakan pementasan tersebut.

    Apa yang menganggu benak pemikiran saya sekarang ini, ialah watak-watak berat, watak utama, yang dipegang oleh artis-artis baru. Apakah pihak produksi berkeyakinan tinggi dengan kemampuan mereka? Atau sememangnya mereka itu hebat? saya kurang pasti, sebab saya langsung tidak mengenali mereka.Untuk kebaikan bersama, agar jangan Pementasan Darulhana ini menjadi cemuhan para penonton yang berbayar nanti, saya sarankan, agar pihak produksi, duduk semula memikirkan hal-hal tersebut.

    Yang saya banyak baca dan lihat, cuma Tn.Hj.Kassim Daud dan sdra. ali sahaja yang punya nama besar, atau pun dalam istilahnya nama yang ada komersial value ,yang memang kita kenali siapa beliau sama ada dalam drama pentas, radio mahu pun drama tv. Itu pun difahamkan Tn.Hj cuma pegang watak Pak Tua dan sdra.ali pula memegang watak ketua samseng.

    Cuba bayangkan...sdra Ali yang sememangnya sudah kita kenali kehebatannya, kemampuannya, dan macamana garangnya yang selalu kita lihat dlm drama drama tv, kemudian di gandingkan dgn hero kita yang saya rasa amat baru, sdra Roy....... apakah tidak terbayang oleh kita perbezaan ini? apa yang akan berlaku nanti?

    Apakah kita sudah sememangnya tidak ada lagi pelapis atau hero kita yang sering dan selalu bermain dipentas?

    Dimana sdra haziz wahab kita, sdra sabri bujang, sdra wahab, hassan ahmad, menyebut sekedar beberapa org nama....kenapa mereka tidak dipilih? saya rasa, kalau lah diantara mereka mereka yg saya sebut tadi dpt dipilih untuk menjadi Hero bergandingan dengan sdra ali yang memegang watak ketua samsang, pasti pentas darulhana akan lebih bergegar lagi.

    Saya harap perkara sebegini dapat diambil kira.
    Sekian harap diambil perhatian.

    [ngonsa buta]

    ReplyDelete
  3. Anonymous :
    terima kasih bertimbun-timbun
    terima kasih melambak-lambak dgn komen anda yg panjang lebar

    beri peluang kpd kamek org baru tok, mun nak tauk bena2 dtg menjeng0k kmk org belatih, kita sembang2
    .......rindooook ati bekelakar, bbincang org penaUK macam ktk ya
    ...dtglah nyeng0k sekali sekala, pakei berik peransang ngan kamek urg baru tok
    Haziz ngan Sabar sik dtg sebab nya gago ngan kerja, Hassan ada di tunggah sekali jak turun, Wahab nang dah berMAIN juak
    ....mun mauk dtg juak belatih pakei mantuk kerja IBADAH tok

    ReplyDelete