Wednesday, November 10, 2010

SAEIT PAKAI CAP UNTUK TUGAS PENGURUS PENTAS


NAMPAK hebat dan berjaya Saeit Mat dengan capnya. Macam nak berlawan golf dengan Tiger Wood pun ada.

Saeit tampil dengan imej baru untuk tugas beratnya sebagai Pengurus Pentas dalam produksi Teater Muzikal Darulhana.

Terbaru kita dengar mungkin Saeit akan mendapat seorang rakan untuk membantunya.

Orang yang berkenaan mungkin Haslina Syina, seorang pelakon yang menjuarai Pertandingan Teater Monolog tahun lepas di peringkat negeri.

Haslina yang awalnya dikatakan akan berada dua bulan di Semenanjung dengan keluarga untuk bercuti telah memberitahu yang dia akan berada di sana selama sebulan sahaja dan lepas itu akan kembali ke Sarawak. Dia telah menyatakan kesanggupan untuk memegang jawatan belakang pentas itu.

Ini satu pengorbanan besar bagi dua orang pelakon yang sudah terkenal dan ada nama dalam bidang lakonan, untuk meniadakan diri dari tengah pentas lalu pergi ke belakang tabir.

Terima kasih Saeit Mat dan Haslina Syina (kalau dilantilah tu).


No comments:

Post a Comment