Monday, November 15, 2010

SEMUA PELAKON BELAJAR MENARI


Apabila disebut sebuah persembahan teater muzikal maka tidak boleh tidak mesti adsa nyanyian dan tarian. Fulamak.... semua pemegang watak tak kira apa bentuk badan atau usia kena belajar menari.



Minggu lepas Pengarah Tari dan Kareografer, Sharkawi Haji Amit telah mengadakan kelas bimbingan khas untuk para pelakon di studionya Caperena di Batu Tiga. Di tempat latihan di Rumah Sarawak Wen pula jadi guru tari. Wen memang layak kerana dia pernah menjadi penari profesional di sebuah resort antarabangsa semasa di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.




Bayangkan Zuki yang kaki tumbuk dan belasah menari dalam lakonan ganasnya. Dan Ali yang memegang watak Zuki tidak memandang ringan hal itu. Apabila orang lain sudah berhenti berlatih di ruang utama Ali dengan seorang rakan berlatih sendiri di ruang lobi Rumah Sarawak.



Akibat syarat itu, KK Tuan Haji Kassim juga kena belajar balik menari. Tapi bagi Pak Haji Kassim itu bukan asing sebab pada waktu muda dan semasa mengadakan bangsawan dia biasa menari dan kali terakhir dia menari kalau tak silap ialah ketika RTM mengadakan ulangtahunnya ke-30 pada tahun 1973 di Kuching.


Di sini keliharan KK Haji Kassim Daud, Masli Sulai, Wezan, Shikin, Ali Mohamad dan lain-lain mengikut arahan Wen yang menjadi jurutari.






4 comments:

  1. DASYAT SEMUA PELAKON DARULHANA... SAYA BERHARAP SEMUA PELAKON BERILAH KOMITMEN YANG TINGGI.. JANGAN SEKADAR TANGKAP MUAT JER.. BERLAKON TU BIARLA BETUL-BETUL... JGN BERI MALU PADA ORG SARAWAK.. KEPADA PELAKON DARULHANA YANG BARU DIPILIH SEBAGAI WATAK UTAMA, JANGAN HANYA MENGEJAR KEPNTINGAN DIRI SENDIRI... SAYA HARAP JANGAN ADA SEMATA-MATA ADA TALIAN DARAH ITU YANG DIPILIH... PILIHLAH AKTIVIS TEATER YANG PERNAH DINOBATKAN SEBELUM INI...(KALAU SEMPAT LAGI NAK MEMILIH PELAKON) -Payung Seni-

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan. Setakat ini belum ada keputusan muktamad. Bagaimanapun tidak ada setakat ini yang dipilih kerana pertalian darah. Mereka masing-masing berdiri atas bakat masing-masing. Insya Allah semua berusaha gigih dan penuh komitmen. Oleh kerana ini projek hampir seluruhnya sukarela maka tidak timbul mereka tangkap muat. Mereka berjuang atas nama bakat dan minat demi Negeri Sarawak.

    ReplyDelete
  3. ITULAH HARAPAN SAYA DAN RAKAN SENI YANG LAIN, AGAR SENI BUKAN BIDANG CALANG-CALANG ORANG... SEMUANYA TERKENAL DENGAN MINAT DAN BAKAT YANG TINGGI.. YANG MINAT TAPI TIDAK BAKAT, BOLEH BELAJAR DARI ORANG YANG BERPENGALAMAN.. JANGAN SEKADAR MENUMPANG PUBLISITI SEMATA2.. SEDAR RUANG SEDAR DIRI... -Payung Seni-

    ReplyDelete
  4. Saya mmg meminati bidang tari dan kareografer, best kan klu dpt b'lakon sambil menari. Kan bagus klu ada peluang ikut sama.....

    ReplyDelete