Sunday, March 6, 2011

ZAKARIA HASSAN



Banyak peminat anak teruna terang tang tang ini, tapi banyak juga misteri sekitar hidupnya. Dia pernah bertugas di UNIMAS sebagai pensyarah tetapi entah apa sebab keluar dari jawatan itu dan menyepi untuk beberapa ketika.

Pernah jatuh sakit teruk untuk beberapa ketika, berubat ke sana ke mari lalu ketemu penawar pada seorang rakan anak seni dan sembuh segera selepas itu.

Bekerja seketika dengan SEDIDIK tetapi tiba-tiba namanya tersenarai di Swinburne University College Kuching sebagai pensyarah.

Orang bujang dari Pulau Beruit ini sejak awal lagi cergas dalam pementasan dan pengarahan teater. Pernah terlibat dengan The Theater House Entertainment di bawah Selbiah Nawi, satu-satunya tauke bangsawan moden, sebelum syarikat itu ditutup kerana para pemegang kepentingan di dalamnya membawa laluan hidup berasingan tetapi tetap mesra sebagai sahabat.

Terbaru Zakaria Hassan terlibat di dalam pementasan Rosli Dhoby: Luka Darul hana yang dipentaskan di Kuching dan Sibu.

Akhir tahun lepas Zakaria terlibat di dalam Konvensyen Prasekolah dan memberi bengkel penggunaan kaedah lakonan dalam mengajar di peringkat prasekolah.

Apa lagi selepas ini, Zek?


Saturday, March 5, 2011

SENIFOTO: PEREBUTAN WILAYAH



Kalau kita telaah kebanyakan konflik dialami oleh manusia dan haiwan adalah kerana perebutan wilayah atau pencerobohan wilayah. Ada pihak yang tidak puas hati lalu mahu menakluki wilayah yang sudah dituntut oleh pihak lain sejak sekian lama.

Wilayah bukan sekadar tanah. Wilayah termasuk wilayah pengaruh, wilayah publisiti, wilayah pemasaran, wilayah kutipan hasil, malah wilayah cinta dan wilayah sanjungan.

Kita biasa benar dengar orang seni terutama seni persembahan tidak segan silu bertengkar dan berkelahi di khalayak ramai kerana ada pihak atau orang baru sudah mula mendapat perhatian atau diberi lebih perhatian oleh orang ramai atau pihak penerbit dan pengarah persembahan sehingga boleh menjejaskan wilayah populariti pihak lain.

Cakap-cakap ke arah itu sering terdengar apabila selepas persembahan atau sedang persembahan hendak diadakan.

Apakah di Sarawak, khususnya di Kuching berlaku juga perebutan wilayah demikian?

SENIFOTO: BUNGA BALSAM



Kadangkala kita beroleh ilham dan utas jalur fikir setelah memerhati alam sekitar dengan hati terbuka dan tanpa rasa sombong. Dalam pemerhatian kita harus sedar yang kita tidak lebih mulia daripada makhluk lain ciptaan Tuhan.

Kita akan dapat menerima kehidupan ini dengan lebih tenteram tidak kira apa sahaja dugaan dan cubaan yang dilontar ke laluan hidup kita.

Dengan melihat titis-titis embun pada kelopak bunga ini yang biasanya hanya kuat tarikan warnanya tanpa bau dan tidak pula tahan lama, teringat saya betapa lebih beruntungnya manusia ada ruang dan peluang memperbaiki diri daripada tidak semerbak menjadi harum mewangi nama dan pencapaian, dan daripada tidak menarik ingin menjadi orang terkenal dan disanjung tinggi.

Ruang perubahan diri begini tidak wujud bagi makhluk seperti flora dan fauna.

Bersyukurlah atas kurnia kepada kita.

Saturday, February 19, 2011

RENUNGAN DARULHANA



Darulhana watak yang dijayakan oleh Maria Afeeza Razali menunjukkan jiwa yang terganggu kerana jadi rebutan di antara Syed Danial dan Zuki.

Persembahan akhir Teater Lagu Darulhana akan diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching pada 20 Februari 2011. Persembahan percuma ini terbuka kepada orang ramai. Silalah datang beramai-ramai.

Thursday, February 17, 2011

PEMENTASAN LAGU DARULHANA

Maria Afeeza Razali @ Darulhana

Saksikan kehebatan lakonan, nyanyian dan tarian gadis cantik ini di Auditorium Tun Ahmad Zaidi di Maktab Perguruan Batu Lintangm, Kuching pada malam 18,19 dan 20 Februari 2011.

Dia menjadi rebutan di antara Syed Danial dan Zuki.
Siapa memenangi hatinya dan siapa memenangi bodynya?

Monday, February 14, 2011

ISTERI KK HAJI KASSIM DAUD TURUT BERLAKON

Hajah Jamilah Perdos

Hajah Jamilah Perdos yang juga dikenali sebagai Hajah Ham atau Hajah Ilot, isteri KK Tuan Haji Kassim Daud sebenarnya pernah berlakon pentas di Kuching dan di Limbang, dan bertemun jodohpun kerana suaminya seorang aktivis teater sejak remaja lagi.

Dalam persembahan teater Lagu Darulhana yang dipentaskan pada 18 hingga 20 Februari 2011 di Auditorium Tun Ahmad Zaidi di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Hajah Jamilah akan tampil dengan satu peranan kecil iaitu sebagai pemain gendang tradisi Melayu Sarawak.



Hajah Jamilah di samping suaminya KK Haji Kassim semasa latihan di DBP Cawangan Sarawak.

Dalam keluarga ini pernah ada adik Hajah Jamilah iaitu Allahyarham Jamil Firdaus yang pernah berlakon di bawah bimbingan dan arahan Allahyarham Mohd Esmawi Haji Husly.

Sunday, February 13, 2011

ZIKIR TALEAL BADRU ALAYNA

BELILAH CD AUDIO MUZIK DARULHANA


Berita terbaru. Audio Muzik dari Teater Lagu Darulhana akan dijual di ruang legar Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce IPG Batu Lintang pada 18, 19 dan 20 Februari jam 8 malam.

Datanglah menonton persembahan percuma sambil membeli CD soundtrack teater berkenaan.


DARULHANA TINGGALKAN DBP UNTUK KE TAZA

Tumbuhan dalam pasu di satu sudut Laman Seni menjadi saksi latihan selama ini


Setelah kira-kiran dua bulan berlatih di Laman Seni DBP Sarawak di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, mulai 13 Februari 2011 semua latihan dan persembahan teater Lagu Darulhana dijadualkan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi di Institut Pendidikan Guru di Batu Lintang.

Persembahan akan berlangsung pada 18,19 dan 20 Februari 2011 mulai jam 8 malam.



Saturday, February 12, 2011

INSAN-INSAN DI PENTAS LAGU DARULHANA




SENARAI PELAKON TEATER LAGU DARULHANA

Abdul Wahab Firdaus Hairaf (Syed Mahdar)

Dayang Radzifah Awang Omar (Syarifah Yot)

Mohd Ghazali Jeman @ Jalot (Syed Danial)

Maria Afeeza Razali (Darul Hana)

Mohd Zohren Sahari Chee @ Wayne (Duen Muda)

Ennie Doris (Mak Su, ibu Darul Hana)

KK Haji Kassim Daud (Pak Tam, ayah Darul Hana)

Ferrazillah Haji Mohamad (Syede Danial Tua)

Malek Hassan (Duen Tua)

Hartini Adurahman @ Doraemon (Jah)

Lidawati Fadil (Suleha)

Ali Mohamad (Zuki)

Hashim Tahot (Pengacara)

Kahar Jini (Lelaki 1)

Wahed Haji Sat (Orang Kampung)

Kamarulizam Hassan (Pemuda 1)

Abdul Rahman Yan (Kawan 1)

Mohd Iskandar Mohd Othman (Kawan Zuki, Pernari)

Mohd Syafig Saibi (Kawan Zuki, Penari)

Masli Sulai (Penari @ Orang Kampung)

Mohd Azzri Sulaiman (Penari @ Orang Kampung)

Muamar Ariff (Penari @ Orang Kampung)

Wezan Saili (Penari @ Orang Kampung)

Azahari Mostapa (Penari @ Orang Kampung)

Eddie Helmie @ Chong (Penari @ Orang Kampung)

Hajah Jamilah binti Perdos (Pemain Gendang)





PARA PENARI

Annisa Sharkawi

Lianawati Fadil

Nur Azira Mohd Morsidi

Nur Shafiqah Asyikin Hazukki

Nurdiana Mohd Othman

Sabarina Mohd Othman

Azah Azleen Ibrahim

Nuraishah Mohd Jibrail

Nuhanifah Mohd Jibrail

Nurdayini Mohd Jibrail




KREW PENTAS

Fadil Litu

Mohd Fadli Ibrahim

Mohd Fadli Joni

Mohd Zaidil Sulaiman

Mohd Asri Ibrahim

Safarudin Narudin

Ibrahim Son


Kahar Jini


PROMPTER

Marsita Mohamad

Roselinda binti Abdullah



Sesi taklimat selepas latihan di DBP


Ferrazillah. Kassim Daud dan Jalot

Jalot Jeman

Hartini Adurahman



Chong

Wezan Saili

Mlohd Iskandar Mohd Othman

Mohd Zohren Sahari Chee @ Wayne

Ali Mohamad

Malek Hassan

Hartini dan Lidawati


Lela Hassan

Abdul Wahab Firdaus Hairaf

Hassim Tahot


KK Haji Kassim Daud

Maria Afeeza Razali

Dayang Radzifah Awang Omar

Abdul Rahman Yan (A R Yan)

DISKUSI PASCA PERSEMBAHAN ROSLI DHOBY: LUKA DARULHANA


Diskusi dijadualkan pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan tayangan video rakaman persembahan teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana.

Diskusi dipengerusikan oleh Dr Nur Afifah Vanitha Abdullah dengan dua ahli panel iaitu Ahmad Baduwi Narawi seorang pelakon dan penggiat veteran bercakap tentang persembahan dan tanggungjawab moral mengangkatkan teks sejarah kerana ada kebenaran sejarah yang berbeza dengan kebenaran emosi dan interpretasi. Abdillah Untong, seorang yang terlatih dalam bidang teater secara akademik bercakap tentang pengarahan seni dan persembahan.

Abdillah banyak menegaskan tentang tempo, gerak lakonan, penonjolan watak yang kurang tepat sehingga menjadki tampalan di sana sini sehingga persembahan macam mee maggie dan dialog jadi khutbah demi khutbah.

Pelakon dan pengarah seni persembahan itu, Zakaria Hassan menjelaskan tentang beberapa hambatan dihadapi dan payahnya mengangkat sebuah teks yang subteksnya terlalu berat dan banyak dan masih dengan misteri dan rahasia.

Penulis skrip, Abang Patdeli menjelaskan dalam teks asal tidak banyak monolog tetapi para pelakon ada yang tidak mampu membawa watak sebagaimana perwatakannya di dalam teks sehingga pengarah dalam kesempitan waktu melakukan penyesuaian lalu menderetkan monolog dan menyempitkan ruang pelakon bergerak.








Friday, February 11, 2011

DARULHANA SEMAKIN DEKAT


dua wajah utama menghiaskan pentas Darulhana dengan lakonan, nyanyian dan tarian


Mulai malam esok, 13 Februari 2011 latihan persembahan teater Lagu Darulhana akan berlangsung di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Addruce di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di Kuching.

Persembahan akan diadakan pada 18, 19 dan 20 Februari 2011 mulai jam 8.00 malam.

Persembahan diadakan secara percuma dan orang ramai dipelawa datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan istimewa itu.

Inilah kali pertama sebuah teater dihiasi dengan belasan lagu digubah khas oleh Narawi Rashidi seorang pemenang pingat emas di Festival Muzik Hollywood dan seorang pereka tari terkenal Sharkawi Haji Amit.

Wednesday, February 9, 2011


Sebuah panel pameran Minggu Budaya Melayu Sarawak, 2009

Blog ini semakin berubah daripada hanya memberi tumpuan kepada bidang teater dan pementasan terutama Teater Muzikal Darulhana lalu membuka pintu gelanggang dan tirai pentas untuk membawa juga pelbagai berita dan cerita tentang seni budaya di Sarawak sesuai dengan cogankatanya.

Kalau boleh biarlah blog ini jadi rujukan umum tentang bidang seni budaya Sarawak dan sekali sekala akan dipaparkan biografi kecil para seniman dan budayawan.

Sunday, February 6, 2011

BENGKEL PENGURUSAN PENERBITAN


Tiga daripada beberapa buah buku dijadikan rujukan semasa bengkel.



Para penulis dan mereka yang terlibat di dalam memproses penerbitan buku khususnya menghadiri satu bengkel intensif pelbagai aspek mengurus penerbitan, daripada memperoleh manuskrip, mengedit, merangka ekonomi penerbitan sehingga butiran di dalam penerbitan dan pemasaran hasil penerbitan.

Tenaga pengajarnya ialah tiga orang pensyarah universiti tempatan yang diperakui kemahiran dan keterlibatan mereka.

Apakah kiranya diadakan bengkel penerbitan dan pengurusan persembahan boleh diadakan untuk mereka yang terlibat di dalam bidang seni persembahan? Mahukah mereka menyertainya atau mahu terus hanya menunggu pelawaan untuk berlakon dan menari atau menyanyi?

Saturday, February 5, 2011

PERADUAN MENULIS ESEI KRITIKAN SASTERA 2011


NAMA PERADUAN

Peraduan Menulis Esei Kitikan Sastera 2011


DEFINISI

Esei kitikan adalah karangan atau artikel dalam bentuk prosa yang menyorot secara kitis sesebuah hasil seni, biasanya sastera dengan tujuan untuk menentukan sifat-sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Sebuah kritikan adalah jauh lebih serius, adil dan bijaksana daripada sebuah ulasan.


OBJEKTIF

Untuk mencungkil dan menggalakkan perkembangan bakat penulisan dalam bidang esei kritikan dalam kalangan para penulis tempatan.

Untuk memperkayakan khazanah esei kitikan sastera di Sarawak

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak serta penduduk asal negeri Sarawak yang berada di luar negeri/negara.

Berpandukan definisi seperti di atas, esei kritikan mestilah berkisar pada beberapa sudut pandangan dan aspek tertentu dalam mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai novel, cerpen atau puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esei hendaklah sesuai untuk bacaan umum dan tidak menyentuh perkara-perkara yang boleh diangap sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum, kepercayaan dan budaya di negara ini.

Penyertaan hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Urus Setia. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu,

Esei ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah tidak kurang daripada 3,500 patah perkataan atau 15 halaman kertas A4 jika ditaip dan mempunyai rujukan bibliografi.

Setiap karya hendaklah mengikut format dan gaya penulisan esei kitikan sstera.

Setiap peserta hanya boleh menghantar dua esei sahaja.

Esei yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.


PENGHAKIMAN

Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihiakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.


HAK PENERBITAN

Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu ke atas karya-karya berkenaan. Karya yang dihantar menyertai peraduan ini tidak boleh dihatar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.


PENULISAN

Karya hendaklah bertaip (mesin taip atau komputer) berjarak dua langkau dengan menggunakan kertas saiz A4 dan ditaip pada sebelah halaman kertas yang digunakan.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup peraduan ialah 30 Jun 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan,

KEASLIAN KARYA

Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Penulis mestilah mengakui keaslian karyanya.

SALINAN PERTAMA

Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.

NAMA PESERTA

Nama peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah esei tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.

HADIAH

Pertama RM2,000.00

Kedua RM1,500.00

Ketiga RM1,000.00

3 Sagu Hati RM500.00 setiap satu (bilangan hadiah masih tertakluk pada keputusan hakim)

URUS SETIA

Urus Setia,

Peraduan Menulis Esei Kritikan Sastera 2011

Unit Pembangunan Karyawan,

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawalg

Peti Surat 1390,

93728 KUCHING.

(u.p.: Encik Ja’far Haii Hamdan / Puan Marriya Haji Yusup)

Tel : 082 141711 (samb: 309/312)

Faks : 082-440260/444707

E-mel : jfar@dbp.gov.my atau ymarriya@dbp.gov.my

Tuesday, February 1, 2011

JURNAL WACANA PROFES, EDISI JANUARI 2011


Jurnal ilmiah Wacana Profes terbitan Persatuan Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Sarawak (PROFES) edisi Januari 2011 sudah terbit.

Lembaga Pengarah jurnal itu terdiri daripada Dr Haji Zulwali Kifli Merawi dan Pengiran Merali bin Pengiran Mohamed sebagai penasihat, Dr Shahri Abdul Rahman sebagai Ketua Editor. Editor pula terdiri daripada Dr Haji Akbar Ibrahim, Profesor Madya Dr Hong Kian San, Profesor Madya Dr Norsiah Fauzan, Dr Lambat Lindong, Dr Abang Hut Abang Engkeh, Cik Adeline Sinyap dan Cik Noni Harianti Junaidi.

Kandungan edisi ke-9 ini ialah

Dayang Azizah Mohd Saleh
Keberkesanan Pengurusan Disiplin dan Hubungannya Dengan Kemerlangan Akademik Pelajar

Dr Shahri Abdul Rahman
Pembangunan Kerjaya dan Persaraan: peranan semangat keserakanan dalam organisasi

Ahi Sarok dan Ganeng Awa Gopel
Heademasters' Perception of their Workload in Under-Enrolled Primary School in Kuching Division and the Implication on their Performances.

Norsiah Fauzan, Muhd Suffian dan Razali Othman
Keberkesanan Neurofeedback Training Di Kalangan Penagih Dadah di Malaysia

Azman Ismail, Suaidi Haji Otek, Anna Maja, Norsiah Fauzan
Perhubungan dsi antara Ciri-Ciri Program Mentoring dan Program Pembangunan Pelajar: Adakah Pemindahan Latihan Bertindak Sebagai Moderator?

Robin Sabai
Supervisory Practices and Profesional Development in a Secondary School in Betong Division, Sarawak

Noni Harianti Junaidi, Alizea Haji Bayan dan Sharifah Shaneela Wan Achmed Razali
The Perception of UiTM's Students Towards the Establishment of Commercial Business in Malaysian Public Universities: Case Study in UiTM Sarawak



BENGKEL DRAMA TARI KPSU


Encik Hamdan Haji Sarbini, Pengerusi Projek

Dunia seni di Sarawak, terutama di Kuching, tidak pernah sunyi sebenarnya kerana ada sahaja ada pertemuan, wacana, latihan persembahan dan sebagainya diadakan.

Dalam kesibukan sebailangan anak seni berlatih untuk persembahan teater Darulhana pada 18 hingga 20 Februari ini, kira-kira seminggu sebelumnya berlangsung Bengkel Drama Tari anjuran Bahagian Belia, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi untuk 100 remaja dan belia dari Saberkas, institusi pengajian tinggi tempatan dan sekolah-sekolah menengah di Kuching.

Tenaga pengajar dalam bengkel di Suffian Haji Jalet sebagai Pengarah Projek ialah Dr Nur Affifah Vanitha Abdullah dari Unimas dan Ramli Ali, kareografer terkenal dari Kampung Budaya din samping tenaga pembantu dari KPSU, JKKNNS dan Kumpulan Sifar.



Johan dari JKKNNS dan Faizal Ali dari KPSU

Bengkel akan berlangsung di Wisma Wanita di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya dengan Faizal Ali sebagai warden dan Suffian Jalet sebagai Pengetua kursus.



Puan Norini Hakim, dari urus setia bengkel

LAHIRNYA CERPENIS MUDA


Indahnya Hidayah Itu, cerpen tulisan Nurul Qurratu'Aini Sulaiman yang disiarkan di ruangan Wadah Bahasa dan Sastera di akhbar Utusan Sarawak hari ini, 2 Februari 2011, ada beberapa keistimewaannya.

Pertamanya ialah penulisan itu kini baru dalam tingkatan satu dan ini merupakan cerpen karyanmya yang pertama disiarkan oleh media massa. Umur baru awal belasan tahun dia sudah sampai ke situ. Tahniahlah.

Saya teringat di kalangan kami angkatan 60-70an karya tidak sampai ke media massa sehingga berada di tingkatan lima atau enam. Dan apabila karya disiarkan rasanya bukan main suka dan seronok benar membacanya berulang kali.

Bagaimana gadis kecil ini mencapai kejayaan itu? Asasnya dia memang ada bakat. Itu tidak dapat dinafikan. Bakat itu telah sekian lama berputik dan bercambah segar apabila menyertai Kem Pembangunan Bakat anjuran Biro Perkhidkmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak di kampus Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Petra Jaya, Kuching selama kira-kira dua mionggu pada akhir November dan awal Disember 2010.

Nurul mengikuti sesi Kem Pembangunan Bakat Penulisan Kreatif yang para pengajar ialah Awang Rosli Awang Jaya dan Raden Azhar Ahmad dalam bidang penulisan rencana, Pharo Abdul Hakim dalam bidang puisi dan Jais Sahok dalam bidang penulisan cerpen.

Rencana ditulis secara kumpulan oleh 13 pelajar dalam bengkel itu telahpun disiarkan oleh akhbar Utusan Sarawak semasa bengkel masih berjalan dan beberapa minggu selepas itu. Sajak-sajak pula mula disiarkan kira-kira sebulan kemudian dan kini cerpen pula mula nampak.

Tahniah kepada anak-anak yang menyertai Kem Pembangunan Bakat Penulisan Kreatif serta para pengajarnya kerana tahun lepas menampakkan kejayaan cukup luar biasa.

Saya sebagai penyelaras bengkel penulisan kreatif dalam kem itu kini berharap ada di kalangan mereka yang turut serta tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini akan dinobatkan pula sebagai pemenang peraduan dan sayembara terbuka.

Monday, January 31, 2011

KEBUDAYAAN ITU APA?



Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."



(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)