Saturday, March 5, 2011

SENIFOTO: BUNGA BALSAM



Kadangkala kita beroleh ilham dan utas jalur fikir setelah memerhati alam sekitar dengan hati terbuka dan tanpa rasa sombong. Dalam pemerhatian kita harus sedar yang kita tidak lebih mulia daripada makhluk lain ciptaan Tuhan.

Kita akan dapat menerima kehidupan ini dengan lebih tenteram tidak kira apa sahaja dugaan dan cubaan yang dilontar ke laluan hidup kita.

Dengan melihat titis-titis embun pada kelopak bunga ini yang biasanya hanya kuat tarikan warnanya tanpa bau dan tidak pula tahan lama, teringat saya betapa lebih beruntungnya manusia ada ruang dan peluang memperbaiki diri daripada tidak semerbak menjadi harum mewangi nama dan pencapaian, dan daripada tidak menarik ingin menjadi orang terkenal dan disanjung tinggi.

Ruang perubahan diri begini tidak wujud bagi makhluk seperti flora dan fauna.

Bersyukurlah atas kurnia kepada kita.

1 comment:

  1. ... buat apa yang anda buat, buatlah yang terbaik. Itulah yang akan kekal dalam ingatan... segalanya baik apa jua, adalah semata-mata yang kita lalui sepanjang persinggahan ketika pelayaran merintasi arus zaman. Sampai bila kemasyuran itu boleh dinikmati..? Hanyalah seketika dan akan berlalu dalam kenangan. Patah tumbuh hilang berganti, walau gempa atau tsunami..

    ReplyDelete