Monday, January 31, 2011

KEBUDAYAAN ITU APA?



Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."



(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

MENGIKTIRAF JASA SENIMAN


Apa dan siapakan seniman di mata pemimpin dan kerajaan dan masyarakat?



Petikan capan Y.B.Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie b. Hj. Apdal (Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia) di majlis perasmian sambutan hari Seniman Kebangsaan 2008 pada 29 Mei 2008, khamis jam 9.30 pagi di pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Para seniman tanah air merupakan warisan kepada dunia seni. Sumbangan seniman kepada masyarakat dan negara dalam menghasilkan karya yang kreatif dalam bidang seni dan budaya sememangnya cukup bermakna.

Ramai tokoh seniman tanah air yang telah menyumbang kepada identiti serta nilai budaya kebangsaan. Sekiranya diteliti, para seniman tanah air turut mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi hasrat melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai - nilai murni seperti semangat kekentalan jati diri dan semangat cintakan kepada negara.

Justeru matlamat utama penganjuran hari seniman kebangsaan adalah untuk menghargai jasa, sumbangan, peranan dan pengorbanan para pengembang seni dan budaya tanah air. Tarikh 29 Mei pula dipilih bersempena dengan pemergian seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ke rahmatullah pada 29 Mei 1973. Umum mengetahui Allahyarham Tan Sri merupakan seorang tokoh seni tanah air yang telah menghambakan dirinya dalam seni dan budaya sehingga ke akhir hayatnya.

Selain daripada beliau, lakonan dan nyanyian oleh para seniman yang lain juga telah banyak memberi kesan serta mempengaruhi karakter seseorang. Mesej yang disampaikan pula mempunyai maksud yang tersirat, cukup mendalam dan disampaikan dengan bahasa yang indah.

Sebagai contoh, kita pasti teringat akan lakonan Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Damak dalam filem Seri Mersing yang mengungkapkan kata – kata; “kajang Pak Malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu.”

Dalam seni lakon dan filem, kita menyanjung nama – nama seperti Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Musthapa Maarof, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Datin Hajah Rosnani Jamil, Zaiton, Latipah Omar dan lain–lain.

Dalam seni teater, kita tidak lupa pada Allahyarham Mustapha Nor, Datuk Syed Alwi, Datuk Rahim Razali, Datuk Faridah Merican dan Ahmad Yatim.

Dalam seni lukis, seni kraf dan arca, kita mengagumi hasil seni Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Puan Hajah Zainab Mamat, Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Husin Anas dan Dr. Latif Muhyidin.

Dalam bidang sastera dan penulisan, kita pernah membaca karya nukilan Allahyarham Datuk Dr. Othman Awang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk A.Samad Said.

Dan yang terakhir dalam bidang penulisan dan penciptaan lagu, kita sentiasa teringat akan bait-bait lirik hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab.

Sesungguhnya seniman merupakan golongan yang menghasilkan kerja seni yang menjadi cerminan kehidupan, falsafah, jiwa dan ketulusan sesebuah bangsa. Oleh yang demikian, peranan seniman dalam apa jua bidang, adalah amat penting kerana merekalah yang melahirkan paparan wajah negara dan bangsa melalui karyanya.

Justeru bagi meraikan sambutan hari seniman kebangsaan, pelbagai aktiviti telah disusun yang menggambarkan keunikan, peranan dan sumbangan warga seni negara dalam menyumbang pembentukan bangsa Malaysia.



Saturday, January 29, 2011

HARI PEJUANG MASA 152 DI KUCHING


Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Karyawaqn Negeri Sarawak (PEKASA) akan mengadakan Hari Pejuang Bahasa 152 pada 15 dan 16 Februari 2011 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Sesiapa sahaja yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi DBP Cawangan Sarawak untuk butiran lanjut.

Aturcara adalah seperti berikut:


15 Februari 2011 (Selasa) Hari Maulidul Rasul

6.30 petang – 9.30 malam

- Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yassin,

- Bacaan Tahlil dan Solat Berjemaah Isyak.

16 Februari 2011 (Rabu)

8.00 pagi

Ketibaan para jemputan dan pendaftaran

8.45 pagi

Ketibaan Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan

Lagu Negaraku

Doa

Ucapan Alu-aluan oleh Ybhg Profesor Emeritus Pendeta Tan Sri Dr Ismail Hussein, Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

Ucapan perasmian oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua dan Menteri Kemudahan Awam

Penyampaian Cenderamata

Gimik Perasmian

Lafaz Ikrar Setia Bahasa

Penyerahan Skrol Ikrar Setia Bahasa kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassa

Ucap Utama oleh YB Datuk Haji Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Jamuan

11.00 pagi

Wacana Ilmu


1.00 petang

Merarau

8.00 malam

Malam Pengucapan Puisi 152

Friday, January 28, 2011

DISKUSI ROSLI DHOBY: LUKA DARULHANA

Zakaria Hassan salah seorang pelakon Rosli Dhoby: Luka Darul Hana

Pementasan teater Rosly Dhoby: Luka Darul Hana telah berlangsung di DBP awal Disember lalu sebagai sebuah projek pementasan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara.

Skrip nukilan Abang Patdeli Abang Muhi dan arahan oleh Helmi Isa.
Abang Patdeli Abang Muhi, penulis skrip


Diskusi mengenainya akan diadakan pada 12 Februari 2011 mulai jam 8:30 pagi hingga tengah hari di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak. Kalau berminat untuk hadir dan mendengar pandangan dan pendapat serta kritikan yang ditakuti oleh sebahagian pelakonnya sila hubungi Awang Zaidel Jamil di talian 082-444711

Helmi Isa, pengarah Rosli Dhoby: Luka Darul Hana

HARI PUISI NASIONAL KE-18: SIAPA BERMINAT?

BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH (BAHASA)
Tingkat 2 Wisma MUIS, Peti Surat 13132
88835 KOTA KINABALU
Tel: 016 8115593
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan: BAHASA/2011/(1)
Tarikh : 28 Januari 2010

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI HARI PUISI NASIONAL KE 18

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa GAPENA bersama-sama Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), DBP Cawangan Sabah, Pejabat Daerah Kecil Membakut serta beberapa agensi Kerajaan Negeri Sabah, akan menganjurkan Hari Puisi Nasional ke 18 pada 25-27 Februari 2011, bertempat di Binsulok Resort Membakut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk menghadiri majlis berkenaan. Pihak kami akan menyediakan penginapan, makan dan minum serta pengangkutan bas dari Kota Kinabalu ke Binsulok sepanjang program tersebut. Bagaimana pun pihak kami tidak akan menanggung tiket penerbangan dari destinasi masing-masing.

4. Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih. Pihak kami juga mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM 25.00 setiap seorang. (Kemusykilan dan pengesahan kehadiran sila berhubungan dengan Sitti Rahmah G. Haji Ibrahim di talian No. 0128938148) e-mel: sitirahmah.ibrahim@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SITTI RAHMAH G. HAJI IBRAHIM)
Setiausaha Kerja dan Penyelaras HARI PUISI NASIONAL KE 18

S.k. YDP. BAHASA

BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH (BAHASA)
Tingkat 2 Wisma MUIS, Peti Surat 13132
88835 KOTA KINABALU
Tel: 016 8115593
No. Faks: 088245300
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
BORANG PENYERTAAN
HARI PUISI NASIONAL KE 18
TAHUN 2011
BINSULOK RESORT MEMBAKUT
25 –27 FERBUARI 2011

1.Nama Penuh :________________________________________________

2.Nama Pena:_________________________________ Emel_________________________

3.Alamat :____________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________

4.NO. HP/No Telefon:___________________ No. Faks:_______________________

Wakil Ngo’s/Agensi/Persendirian :______________________________________________

6.Yuran: RM 25.00 (sila buat pembayaran diterima ketika hari pendaftaran)

Tandatangan: _____________________________________

Tarikh :_______________________________________

Nota:

Sila kembalikan borang ke No. Faks : 088 245300

BPPMIS TERIMA DARULHANA SEBAGAI ANAK ANGKAT

Bapa Budayawan Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah


Selama lebih sebulan projek pementasan Teater Darulhana agak kalut kerana kemelut tentang siapa dan pihak mana jadi tauke atau tuan punya projek. Pertemuan awal mencadangkan pementasan Darulhana diadakan sekitar Jun 2010 di bilik Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam (BPPMIS), Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah di antara Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan selaku penulis skrip dan pengarah, Sharkawi Haji Amit sebagai jurutari. Datu Adi yang juga Presiden Medan Teater Negeri Sarawak atau MANTERA, setuju supaya projek itu dijalankan.

Narawi Rashidi dan Sharkawi Haji Amit

Andaian ialah oleh kerana tiga orang ini merupakan orang kuat MANTERA, iaitu badan yang menaungi teater di seluruh negeri, maka MANTERA menjadi penaung projek itu, dengan MANTERA juga menjadi urus setia pentadbirannya.

Selepas itu Awang Bujang dan Sharkawi terus berusaha menentukan projek itu dijalankan dengan mengadakan mesyuarat awal juga di BPPMIS dengan semua ahli jawatankuasa MANTERA dijemput hadir. Malangnya sebahagian daripada ahli jawatankuasa penting MANTERA yang merupakan tokoh dan orang penting dunia teater tidak dapat hadir sama ada kerana payah meninggalkan kerja di luar Kuching atau kerana tugas lebih penting di peringkat lebih tinggi.

Bagaimanapun projek diteruskan juga dengan Awang Bujang dan Sharkawi terus mengusahakan langkah-langkah mengadakan ujibakat atau audition di Dewan Suarah tengah-tengah Ramadan dan hanya empat orang dari Sekolah Seni Kuching datang ke audition.



Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan

Audition diadakan lagi selepas Aidilfitri dan kali ini cukup ramai muka lama dan muka kontemporari hadir dan kebanyakannya mereka inilah yang kemudiannya datang ke latihan yang bermula di Rumah Sarawak di Taman Budaya akhir 2010.

Memandangkan projek sudah mula berjalan maka diadakan lagi mesyuarat yang melibatkan kesemua ahli jawatankuasa MANTERA dan orang bukan ahli MANTERA untuk menyelaras dan mengemaskini pengurusan Teater Darulhana. Kehadiran hampir sama sahaja dengan beberapa tokoh dan orang penting terlalu sibuk untuk kerja seremeh itu.

Pastinya dalam pengurusan projek seperti itu banyak wang diperlukan maka perlu diselaras kaedah mendapatkan dana dan akaun bank untuk saluran dana diperlukan. Pada ketika itu pastinya disebabkan ramai ahli jawatyankuasa MANTERA hadir dan terlibat dianggap MANTERA menjadi saluran dan penaung projek itu dan bendahari serta setiausaha MANTERA menjadi penggerak utama usaha itu kerana sememangnya kerja MANTERA merangsang dan membantu perkembangan teater di Sarawak.

Anggapan orang-orang yang terlibat, termasuk Presiden MANTERA yang juga Sasterawan Negeri itu nampak meleset kerana ada tokoh yang menjadi ahli MANTERA yang tidak pernah dapat hadir dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum itu kerana sibuk sangat menolak penglibatan MANTERA dan enggan mengiktiraf usaha awal kerana katanya MANTERA tidak pernah bermesyuarat menerima projek itu.

Oleh kerana dia seorang tokoh maka semua pihak akur, ntermasuk Presiden MANTERA, Datu Dr Haji Adi Badiozaman Tuah dan sejak itu Darulhana menjadi sebuah projek pementasan tidak bertuan malah dikatakan telah melakukan banyak kesilapan kerana ada pihak lain mengeluarkan notis ujibakat dan pihak lain meminjam Rumah Sarawak untuk tempat latihan.

Kira-kira sebulan Darulhana dalam keadaan kemelut di bahagian pengurusan dan pentadbiran kerana statusnya 'haram' dan tidak bertuan. Pada masa yang sama dihadapi masalah dalam latihan keranan sebahagian pelakon termasuk yang utama terlibat di dalam pementasan Rosli Dhobi luka Darulhana arahan Helmi Isa diadakan di Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka di Petra Jaya, tempat latihan dijalan sejak Disember 2010.

Pujian dan sanjung harus diberikann kepada Penghulu Haji Awang Bujang dan Sharkawi (Pengarah Tarian dan Kareografer) serta Narawi Rashidi (Pengarah Muzik) serta semua rakan-rakan jawatankuasa tidak bertuan itu menertuskan juga usaha sementara kegelisahan sudah mula timbul di kalangan kira-kira 50 orang artis dan artisan yang terlibat kerana tiada sebarang penerangan dan penjelasan daripada pihak pengurusan. Ini disalurkan melalui saluran internet.

Awal bulan Januari telah diadakan mesyuarat jawatankuasa yang tidak bertuan itu di Rumh Sarawak untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam mesyuarat panjang itu diputuskan bahawa pihak pengarah, Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan harus berhadapan dengan artis dan artisan menerangkan situasi sebenarnya dan bahawa sehingga itu Darulhana tiada dana dan tiada prospek mencari dana. Kebimbangan ialah kebanyakan artis dsan artisan akan meninggalkan projek itu.

Ali Mohamad (Zuki) dan Hashim Tahot yang hadir sama dalam mesyuarat itu mengatakan ada kemungkinan tidak ramai yang meninggalkan projek itu, kecuali ada alasan yang benar-benar mendesak.

Awang Bujang menjalankan tugas berhadapan dengan anak buah yang telah setia hadir setiap sesi latihan. Syukurlah hampir tidak ada anak seni yang meninggalkan projek dan latihan diteruskan malah waktu latihan ditambah.

Minggu lepas Awang Bujang Hamdan, Sharkawi Amit, Baduwi Narawi, Saiee Driss, Jamilah Adenan dan Norwinda Zaiman (Awin) sekali lagi bertemu Datu Adi di Bilik Mesyuarat BPPMIS untuk mencari penyelesaian bagi kemelut Darulhana.

Dalam pertemuan/[perbincangan itu Pengarah BPPMIS menyatakan bahawa kerana menghargai kesetiaan anak seni yang terlibat dan kerana melihat projek itu boleh ditafsirkan sebagai satu projek yang memberi latihan pembinaan jati diri belia dan pembangunan sahsiah angkatan muda yang kebanyakannya beragama Islam,m maka BPPMIS menerima projek itu sebagai projek rakan kongsi dan akan berkongsi menguruskannya dengan jawatankuasa yang ada diletakkan sebagai sebuah jawatankuasa kerjasama anak seni dari pelbagai badan seni budaya.

Dengan itu Saiee Driss yang meletak jawatan kerana dikira tidak layak kerana bukan ahli berdaftar mana-mana badan seni ketika ini diletakkan kembali sebagai Setiausaha dan akan bertindak sebagai wakil kerja BPPMIS di dalam projek itu.

Kini usaha sudah diatur untuk jawatankuasa projek rakan kongsi itu memohon sokongan dana daripada pelbagai pihak dan agensi dengan penasihat projek, Datu Dr Haji Adi sebagai penggerak utama. Dalam pada itu memandangkan projek itu kini menjadin projek rakan kongsi BPPMIS maka sebahagian daripada kosnya akan turut ditampung sedikit sebanyak oleh BPPMIS.

Semoga selepas Tahun Baru Cina ini projek pementasan Darulhana akan dapat berjalan dengan lebih lancar.


Monday, January 24, 2011

DARULHANA? INIKAH DARULHANA???


Watak dibawanya Darulhana, seri panggung bangsawan digilai oleh Syed Danial tapi ditentang oleh orang tuanya.

Apabila Darulhana entah kena sumpah apa benda, berubah jadi begini, maka wajar sekali Syed Danial dalam gambar di bawah ini menjadi begitu sedih dan terharu.


Wayne Lee sebagai stand in Darulhana memang hebat menari. Ligat punggungnya dengan lagu Cik Cik Bung. Jalot Jeman pula cuba menghidupkan watak Syed Danial ketika dimarahi orang tuanya.

Gambar dipetik daripada sesi latihan Teater Darulhana di DBP pada malam 24 Januari 2011.


Tuesday, January 18, 2011

KEMBALI KE PENTAS


Assalamualaikum

Setelah lebih sebulan 'bercuti' kita kembali ke pentas untuk mengemukakan pelbagai laporan berita dan perkembangan serta peristiwa di sekitar dunia seni yang dapat kita kesan di Sarawak amnya dan di sekitar Kuching khasnya.

Di antara yang terkini ialah Teater Darulhana akan dipentaskan di TAZA pertengahan Februari dalam format yang lebih sederhana kerana sehingga kini masih gagal mendapat sebarang tajaan untuk pelaksanaannya.

Selain itu pasukan dan krew Darulhana menghadapi cabaran kerana sepanjang bulan lalu dan kini banyak tawaran berlakon termasuk untuk drama tv dan siri drama tv disampaikan kepada mereka. Di antara yang terlibat ialah dua watak utama iaitu Jalot Jeman yang menjadi Syed Danial dan Ali Mohamad yang membawa watak Zuki masing-masing akan mengendalikan penerbitan drama tv. Jalot akan mengusahakan 13 siri diluluskan oleh RTM melalui syarikat keluarganya. Ali pula diberi peluang di dalam 13 siri juga. Mereka masing-masing belum memberi butiran penerbitan.

Sebelum ini sesi latihan Darulhana tergendala kerana sebahagian pelakon penting Darulhana 'terpaksa' membanbtu menjayakan pementasan Rosli Dhoby luka Darulhana karya Abang Patdeli Abang Muhi dan arahan Helmi Isa.

Status semasa Darulhana tanpa penaja nampaknya tidak mematahkan hati kebanyakan pelakon dan kebanyakan mereka menyatakan kebanggupan untuk terus berlakon walaupun tanpa janji ganjaran besar. Setakat ini hanya seorang yang membayangkan kemungkinan undur dengan mengatakan masih memikirkan kedudukannya dan ada yang menyatakan masih mahu berehat sebentar.

Laman Facebook menjadi medan sebahagian artis Darulhana menyatakan pandangan dan pendapat. Dalam mesyuarat pengurusan projek ini baru-baru ini salinan kenyataan dalam laman itu menjadi salah satu bahan perbincangan terutama dengan masalah status projek itu tanpa penaja sehingga akhirnya pengarah pementasan Penghulu Haji Awang Bujang Hamdan terpaksa sanggup menyatakan hakikat itu kepada anak-anak seni yang membantunya.

Sementara itu senifoto semakin mendapat tempat dan semakin ramai peminat dan pengamalnya, terutama dengan wujudnya ruang pameran murah dan mudah iaitu Facebook. Kualiti gambar yang dipamerkan di Facebook juga semakin baik dan semakin canggih tekniknya.

Kini sudah wujud beberapa buah kelab senifoto dan diadakan banyak sesi fotografi termasuk dengan model. Maka medan juga terbuka bagi mereka yang berminat menjadi model.

Kursus-kursus senifoto yang kebanyakannya berbelanja mahal juga semakin banyak dikendalikan dan ramai juga yang turut serta walau yuran sehari atau dua hari lebih setengah ribu ringgit.

Sepanjang sebulan cuti memasukkan entri di blog ini pelbagai aktiviti termasuk Malam Mesra Anak Seni Sarawak telah berlangsung. Laporan lanjut dalam satu entri berasingan.