Indahnya Hidayah Itu, cerpen tulisan Nurul Qurratu'Aini Sulaiman yang disiarkan di ruangan Wadah Bahasa dan Sastera di akhbar Utusan Sarawak hari ini, 2 Februari 2011, ada beberapa keistimewaannya.
Pertamanya ialah penulisan itu kini baru dalam tingkatan satu dan ini merupakan cerpen karyanmya yang pertama disiarkan oleh media massa. Umur baru awal belasan tahun dia sudah sampai ke situ. Tahniahlah.
Saya teringat di kalangan kami angkatan 60-70an karya tidak sampai ke media massa sehingga berada di tingkatan lima atau enam. Dan apabila karya disiarkan rasanya bukan main suka dan seronok benar membacanya berulang kali.
Bagaimana gadis kecil ini mencapai kejayaan itu? Asasnya dia memang ada bakat. Itu tidak dapat dinafikan. Bakat itu telah sekian lama berputik dan bercambah segar apabila menyertai Kem Pembangunan Bakat anjuran Biro Perkhidkmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak di kampus Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di Petra Jaya, Kuching selama kira-kira dua mionggu pada akhir November dan awal Disember 2010.
Nurul mengikuti sesi Kem Pembangunan Bakat Penulisan Kreatif yang para pengajar ialah Awang Rosli Awang Jaya dan Raden Azhar Ahmad dalam bidang penulisan rencana, Pharo Abdul Hakim dalam bidang puisi dan Jais Sahok dalam bidang penulisan cerpen.
Rencana ditulis secara kumpulan oleh 13 pelajar dalam bengkel itu telahpun disiarkan oleh akhbar Utusan Sarawak semasa bengkel masih berjalan dan beberapa minggu selepas itu. Sajak-sajak pula mula disiarkan kira-kira sebulan kemudian dan kini cerpen pula mula nampak.
Tahniah kepada anak-anak yang menyertai Kem Pembangunan Bakat Penulisan Kreatif serta para pengajarnya kerana tahun lepas menampakkan kejayaan cukup luar biasa.
Saya sebagai penyelaras bengkel penulisan kreatif dalam kem itu kini berharap ada di kalangan mereka yang turut serta tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini akan dinobatkan pula sebagai pemenang peraduan dan sayembara terbuka.
Tahniah di atas usaha itu. Siapapun kita, sebagai warga bumi kenyalang terasa terpanggil untuk menyatakan ucapan terima kasih atas pengorbanan ini. Moga ada badan lain juga terus mengangkat usaha murni selain badan-badan bahasa dan sastera.
ReplyDelete