Tuesday, February 1, 2011

BENGKEL DRAMA TARI KPSU


Encik Hamdan Haji Sarbini, Pengerusi Projek

Dunia seni di Sarawak, terutama di Kuching, tidak pernah sunyi sebenarnya kerana ada sahaja ada pertemuan, wacana, latihan persembahan dan sebagainya diadakan.

Dalam kesibukan sebailangan anak seni berlatih untuk persembahan teater Darulhana pada 18 hingga 20 Februari ini, kira-kira seminggu sebelumnya berlangsung Bengkel Drama Tari anjuran Bahagian Belia, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi untuk 100 remaja dan belia dari Saberkas, institusi pengajian tinggi tempatan dan sekolah-sekolah menengah di Kuching.

Tenaga pengajar dalam bengkel di Suffian Haji Jalet sebagai Pengarah Projek ialah Dr Nur Affifah Vanitha Abdullah dari Unimas dan Ramli Ali, kareografer terkenal dari Kampung Budaya din samping tenaga pembantu dari KPSU, JKKNNS dan Kumpulan Sifar.



Johan dari JKKNNS dan Faizal Ali dari KPSU

Bengkel akan berlangsung di Wisma Wanita di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya dengan Faizal Ali sebagai warden dan Suffian Jalet sebagai Pengetua kursus.



Puan Norini Hakim, dari urus setia bengkel

5 comments:

  1. Berita ini dikaitkan di http://www.facebook.com/saiee.driss

    ReplyDelete
  2. Kalau kantung kewangan KPSU masih berisi, boleh juga diadakan bengkel penulisan berbagai genre sastera dengan beberapa organisasi sastera di Sarawak bagi meranumkan perkembangannya. Sinergi itu boleh dilaksanakan bersama PEKASA(Kuching), WARISMU(Mukah), PUTERA(Miri), APL(Limbang) dan lain-lain organisasi sastera budaya. Ini adalah usahasama yang bijak untuk peminat sastera dan budaya kita.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalau mahu tahu lebih lanjut, tanyalah sendiri ke pejabat KPSU, sama ada penulisan termasuk di dalam senarai aktivitinya atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Menurut sms diterima pada jam 9 malam 7 Februari 2011 acara ini ditangguhkan sehingga diberitahu lagi.

    ReplyDelete