NAMA PERADUAN
Peraduan Menulis Esei Kitikan Sastera 2011
DEFINISI
Esei kitikan adalah karangan atau artikel dalam bentuk prosa yang menyorot secara kitis sesebuah hasil seni, biasanya sastera dengan tujuan untuk menentukan sifat-sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Sebuah kritikan adalah jauh lebih serius, adil dan bijaksana daripada sebuah ulasan.
OBJEKTIF
Untuk mencungkil dan menggalakkan perkembangan bakat penulisan dalam bidang esei kritikan dalam kalangan para penulis tempatan.
Untuk memperkayakan khazanah esei kitikan sastera di
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Peraduan ini terbuka kepada warganegara
Berpandukan definisi seperti di atas, esei kritikan mestilah berkisar pada beberapa sudut pandangan dan aspek tertentu dalam mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai novel, cerpen atau puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Esei hendaklah sesuai untuk bacaan umum dan tidak menyentuh perkara-perkara yang boleh diangap sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum, kepercayaan dan budaya di negara ini.
Penyertaan hendaklah disampaikan dengan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Urus Setia. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu,
Esei ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah tidak kurang daripada 3,500 patah perkataan atau 15 halaman kertas A4 jika ditaip dan mempunyai rujukan bibliografi.
Setiap karya hendaklah mengikut format dan
Setiap peserta hanya boleh menghantar dua esei sahaja.
Esei yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.
PENGHAKIMAN
Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihiakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.
HAK PENERBITAN
Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu ke atas karya-karya berkenaan. Karya yang dihantar menyertai peraduan ini tidak boleh dihatar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.
PENULISAN
Karya hendaklah bertaip (mesin taip atau komputer) berjarak dua langkau dengan menggunakan kertas saiz A4 dan ditaip pada sebelah halaman kertas yang digunakan.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup peraduan ialah 30 Jun 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan,
KEASLIAN KARYA
Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Penulis mestilah mengakui keaslian karyanya.
SALINAN PERTAMA
Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.
NAMA PESERTA
Nama peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah esei tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.
HADIAH
Pertama RM2,000.00
Kedua RM1,500.00
Ketiga RM1,000.00
3 Sagu Hati RM500.00 setiap satu (bilangan hadiah masih tertakluk pada keputusan hakim)
URUS SETIA
Urus Setia,
Peraduan Menulis Esei Kritikan Sastera 2011
Unit Pembangunan Karyawan,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawalg
Peti Surat 1390,
93728 KUCHING.
(u.p.: Encik Ja’far Haii Hamdan / Puan Marriya Haji Yusup)
Tel : 082 141711 (samb: 309/312)
Faks : 082-440260/444707
E-mel : jfar@dbp.gov.my atau ymarriya@dbp.gov.my
Apakah batu uji dalam bidang teater dan lakonan di Sarawak? Mungkin Festival Teater Tahunan anjuran JKKKNNS. Tapi setelah anugerah besar di situ ke mana lagi? Dalam bidang penulisan semakin ramai sampai ke peringkat kebangsaan dan karya mereka dalam teks sekolah sehingga ribuan pelajar di seluruh negara mengkaji cerpen, puisi dan novel serta teks drama Sarawak secara serius. Ada sudah penulis Sarawak memenangi kedudukan antarabangsa melalui festival penulisan dan deklamasi puisi peringkat Asia Tenggara dan dunia. Tapi saya belum menegtahui mana-mana di bidang teater dan lakonan Sarawak sampai ke situ. Adakah? Di mana silap kita?
ReplyDelete