Diskusi dijadualkan pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan tayangan video rakaman persembahan teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana.
Diskusi dipengerusikan oleh Dr Nur Afifah Vanitha Abdullah dengan dua ahli panel iaitu Ahmad Baduwi Narawi seorang pelakon dan penggiat veteran bercakap tentang persembahan dan tanggungjawab moral mengangkatkan teks sejarah kerana ada kebenaran sejarah yang berbeza dengan kebenaran emosi dan interpretasi. Abdillah Untong, seorang yang terlatih dalam bidang teater secara akademik bercakap tentang pengarahan seni dan persembahan.
Abdillah banyak menegaskan tentang tempo, gerak lakonan, penonjolan watak yang kurang tepat sehingga menjadki tampalan di sana sini sehingga persembahan macam mee maggie dan dialog jadi khutbah demi khutbah.
Pelakon dan pengarah seni persembahan itu, Zakaria Hassan menjelaskan tentang beberapa hambatan dihadapi dan payahnya mengangkat sebuah teks yang subteksnya terlalu berat dan banyak dan masih dengan misteri dan rahasia.
Penulis skrip, Abang Patdeli menjelaskan dalam teks asal tidak banyak monolog tetapi para pelakon ada yang tidak mampu membawa watak sebagaimana perwatakannya di dalam teks sehingga pengarah dalam kesempitan waktu melakukan penyesuaian lalu menderetkan monolog dan menyempitkan ruang pelakon bergerak.
No comments:
Post a Comment