Saturday, December 4, 2010

MENCARI ILHAM DAN CARA TERSENDIRI


Kalau seorang anak kecil meniarap begini di atas lantai latihan di Rumah Sarawak tentu emaknya marah kerana bajunya habis kotor. Lantai itu memanglah tak bersih sebab ribuan kaki berkasut dan tidak berkasut memijaknya.

Tapi gambar ini menunnjukkan seorang datuk yang meniarap penuh sudi kerana mencari ilham dan cara menghidupkan watak diserahkan kepadanya untuk pementasan Teater Darulhana.
Agaknya Cikgu Nek Yam tak berani marah kerana si datuk berbaju biru itu bukan sebarang orang.

Dia Hassim Tahot seorang pelakon dan pengacara popular yang telah menabur khidmatnya di merata tempat sejak beberapa tahun lalu.

Paling kuatpun nenek mengeluh ajelah dan cari sabun yang ada umph dan power untuk mencuci baju si datuk.



2 comments:

  1. aku HASSIM TAHOT, Pengacara @ MC [80's -sekarang].....
    dlm Darul Hana pegang watak MC [60's], boleh jadi Mamat, Kadir, Reduan, Bujang, Karim, etc

    cari ....cari....gali, sapa aku

    ReplyDelete
  2. 8 7 6 5 4 3 2 1 0.....
    pejam mata perrr la han-lahan
    2010 2009 2008 2007 2006 2005
    2004 2003 2002 2001 2000....
    .....1973 1972 1971 1970 1969 1968 1967....
    ishhh boleh x, x boleh boleh bolehhHHHHH

    ReplyDelete